Wednesday, May 22, 2013

I am Stay At Home MOM






Hmm.. akhirnya dapat juga aku menulis setelah anak tidur. Malam ni agak payah dia nak tidur mungkin sebab teringat nak main saja. Walaupun dah gelapkan bilik dan tutup TV , dia masih mengajakku dan suami bermain dengannya. Itulah anak , aZ Zikry Haq ,baru berusia 8 bulan. Keletahnya saja buat aku nak tergelak bila mengenangkannya. Alahai anak.

Nampak tak pasal Stay at Home MOM,Yes I am. Aku telah bergelar fulltime housewife selama 8 bulan juga...eh tolak cuti pantang, jadi 6 bulan @ dah setengah tahun..Wooo.. lama jugakkan. Bila aku bawa anak kemana-mana dan bila kawan-kawan atau sedara mara melihat anakku 'melekat ' saja denganku ,mereka akan bertanya.. " Eh, nadira anak ko full BF ye? "


Aku menjawab " haah". So bila ko gi keje , ko pam la ye..? Aku pun menjawab, ya ,tapi sekarang saya dah tak kerja. Ada yang buat muka terkejut, ada juga yang sangat menyokong tindakan ku berhenti kerja semata - mata untuk menjaga anak dengan "air tangan sendiri" cewah! macam memasak la pulak.

Hmm..aku sendiripun BF sampai umur 2 bulan saja tapi aku respect mak mertua aku, beliau Full BF kelima-lima anaknya. Beliau mentor saya, Cik Latifah!

Tapikan, aku pernah bayangkan, IF aku bekerja sekarang, macamana lah aku akan membahagikan masa dengan pekerjaanku sebagai Technical Support IT yang kadang-kadang menuntut aku outstation. 2-3 hari.Siapa yang akan jaga anak aku? Paling merisaukan, kalau aku letak di nursery, pasti tiada nursery yang boleh ambil anak selewat 8malam.

Jadi, dengan gembiranya aku mengajukan kepada Bos yang aku mahu berhenti kerja untuk menjaga dan menyusukan anak dengan jayanya dalam masa 1 tahun. Bos agak terkejut dengan keputusanku , tapi dalam masa yang sama , dia tidak membantah malah menyokong niat baikku itu. Tambahan lagi ,sebelum aku meletakkan surat resign, banyak ilmu untuk mendidik anak yang dikongsikan bersamaku. Oh ya, bosku ini lebih kurang umur bapaku saja.

Sebelum sempat keluar dari biliknya, Bos bagitahu kalau masih sudi nak kerja kat sini ,adalah di alu-alukan. Aku senyum saja. Bos sentiasa tenang dalam bicaranya.

Dalam pada itu, Bos sempat mencadangkan beberapa buku yang boleh dibuat sebagai rujukan  dalam proses mendidik anak dari 0 bulan hingga 5 tahun. Aku baru tahu yang Bos menggunakan buku untuk mendidik anaknya dan beliau berjaya. Nak tahu buku apakah itu? Entry itu akan dibina khas. Tunggu! Boleh tengok kulit buku je dulu..hehe



Berbalik kepada Stay At Home MOM tadi , aku sebenarnya dah bekerja 4 tahun sejak 2009-2012. Kalau difikirkan tentang gaji, aku rasa rugi untuk berhenti kerja sebab kerja ni jugaklah yang buat aku tolak tawaran SPA untuk jadi PTD.  Tahukan PTD? google ya.hehe. Ko tolak PTD ,nadira!! Ruginye!!

Waktu tahun 2009, 6 bulan selepas menamatkan pengajian di UiTM dan masa degree ni aku dapat biasiswa JPA . Jadi ada kontrak disitu selepas tamat belajar . Rezeki menyebelahi aku  bila aku dapat panggilan untuk menjadi PTD tanpa ujian bagai. Terima offer letter dulu dan lepas tu baru ada ujian .

Dengan perasaan berbelah bahagi, aku pergi jugak ke JPA, Putrajaya untuk ditemuduga secara ringkas.Lagipun ni kali pertama aku ditemuduga oleh pegawai kerajaan .Jadi kenalah pergi . Hehe...Rata-rata yang dapat tawaran tu daripada mahasiswa yang ambil kos pengurusan @ management. Lebih kurang 15 orang yang hadir yang telah pun bekerja dan ada juga yang masih menganggur.

Dalam temuduga itu , ada lah sedikit sebanyak soalan - soalan yang mencabar minda dan isu semasa.Aku sempat mengajukan pertanyaan kepada panel tu. Antaranya soal kredibiliti sebagai pegawai kerajaan. Dalam bidang pekerjaan aku sebagai Technical Support diwaktu itu, banyak tender-tender, meeting, kerja-kerja disite dipelbagai kementerian. Aku banyak berjumpa dengan orang-orang kerajaan dari kementerian tut tut yang banyak tak buat kerja ..hehe. Mungkin aku terjumpa yang buruk , tidak yang baik Jadi dari situ , pandangan aku terhadap pegawai kerajaan kurang markah lah sikit.

Tambahan lagi , company yang aku kerja masa tu , gaji yang diberi hebatlah untuk fresh graduate seperti aku antaranya,ada compensation plan dan bonus membuatkan aku setia pada company yang aku kerja itu. Untuk mencorak masa depanku, aku tidak mungkin duduk ditempat yang sama untuk tempoh beberapa waktu yang ku rasakan agak lama .Aku adalah orang yang sukakan cabaran dan mencuba pelbagai yang baru. Sekali lagi , ku katakan dalam hatiku diwaktu itu , walaupun aku tolak PTD , walaupun satu hari nanti aku tidak bekerja lagi di company ini, aku tahu rezeki Allah ada dimana-mana.

Ya , aku nekad.

Stop about PTD .Jadi bila aku dah bersalin pada September 2012, lepas cuti pantang 2 bulan, aku nekad untuk berhenti kerja untuk menjaga dan mendidik anak sendiri. Telahku audit segala segi financial aku dan suami ,kami boleh membuktikan kami boleh survive! Yeah!!. Tambahan, suamiku pada mulanya agak risau dengan keadaan kewangan kami nanti setelah aku berhenti kerja ,tapi bila ditimbang balik jika aku bekerja dalam kiraan bulanan :

1. Modal ke tempat kerja - Putra heights - KL (RM 500) minyak + tol
2. Nursery anak - RM 350
3. Kos Lunch aku- RM50

Dan lain-lain. 



Paling aku tak mahu ketinggalan ialah proses tumbesaran anakku dari hari ke hari. Dia cepat membesar walaupun dia sentiasa didepan mata. Kan kalau selalu tengok ,kita tak perasan. tapi aku nampak dari mula dia meniarap ,merangkak, memanjat, gelak tawa ,nangis dan macam -macam lagi buatkan aku rasa berbaloi untuk aku berhenti kerja. Tumbersaran bayi sangat pesat dari 0-12 bulan dan aku sanggup kalau aku cuti tanpa gaji selama setahun .Tapi aku memilih untuk tidak buat sebegitu jikalau aku mahu bekerja semula, aku akan pilih pekerjaan yang more to family. More to family meaning aku boleh meluangkan masa diwaktu minggu dan tidak menggangu malamku .hehe...




Oh ye, selepas aku berhenti kerja ni,aku sempat jadi babysitter selama 3 bulan. Aku sengaja mencabar diriku untuk menjaga anak kawanku ,Syaqireen namanya sementara itu dia boleh berkawan dengan Zikry. Syaqireen tua 2 bulan dari Zikry. Aku nak cerita pengalaman menjaga bayi bayi yang lasak ini nanti.

Semalam aku terjumpa satu artikel bertajuk " The Economic OF Stay At Home Mom"

Dalam artikel tersebut membincangkan berapakah nilai sebenar untuk GAJI seorang ibu yang berkerja dirumah , non stop working dari pagi sampailah ke malam tak termasuk mendidik anak or homeschooling selain menjadi :

1. Cleaner 
2. Chef
3. Doby 
4. Teacher for kids 
5. Caregiver for baby 
6. Auditor
7. Financial Planner
8. Plumber 
9. Event Planner
10.Psychologist

Anda boleh listkan lagi. 

Lagi perbincangan tentang kelebihan berkerja dan tidak bekerja dan berapa banyak masa, tenaga dan wang yang boleh dijimatkan JIKA menjadi Stay at Home MOM. Bagiku, semua wanita ni multi tasker , boleh fokus dan buat kerja pelbagai serentak dalam masa yang sama. 



Contohnya kalau aku ke dapur ,aku akan pastikan aku masak secara 'senyap' tak boleh kelentang kelentung bunyi sudip kuali bagai.Nak blend cili pun, kena tutup pintu bilik Zikry takut dia terbangun pulak, terus tak boleh masak pulak nanti.

Makan pulak kena cepat-cepat, sebab Zikry dah meruntun kakiku tanda mintak didukung. Tambahan pula umur 8 bulan ini, separation anxiety level tinggi sebab mereka takut ditinggalkan berseorangan dan takut bila berjumpa orang yang tidak dikenali dan kadang-kadang mahukan mummynya saja tak mahu daddy .itu yang kendong anak sambil memasak tu.Semua dah tak lut! tak makan pujuk.

Nampak macam susah kan? Good news, itu adalah petanda yang bayi kita mempunyai healthy attachment dengan kita lebih-lebih lagi yang menyusu dengan ibunya. Manjanya lain macam kan?

Apapun, kesabaran dan pengurusan masa amat penting sebagai surirumah sepertiku  kerana setiap senggang waktu yang ada itulah masa kita berehat dengan suami,masa itulah kita boleh sempat mandi, masa itu lah kita dapat makan..BILA ANAK TIDUR. Kadang nak 'memerut' pun kena postpone tau tak! Bak kata mertuaku, nak sikat rambut pun tak sempat!

Walaupun kita ada anak, kita boleh meluangkan masa dengan pasangan kita,melayan hobi dan masa untuk bersendirian tanpa gangguan anak supaya kita tidak ditimpa stress yang melampau...dahh! masuk stress management pulak dah ..hehehe.

Mommy, dont leave me !












Sampai sini saja dulu ,nak tanya siapa yang Stay At Home MOM disini??

Atoi!! kena pijak sebegini rupa!!

Yeah,inilah hakikatnya


Happy Mothers Day!!











Monday, May 20, 2013

Journey to Success Begin With the FIRST STEP



Di Hari Pernikahan Nadira & Yusof

28 Oktober 2011

Perjalanan Hidup Seorang Permaisuri Bermula


BLOG ini dibina sebagai catatan harian dan rentetan kehidupan manis dan pahit. Penzahiran BLOG ini adalah sebuah penulisan tanpa dakwat yang kekal dalam minda sepanjang perjalanan kehidupan ini.

Diharap BLOG ini akan menjadi medan perkenalan dan jejak kasih saya bersama kawan dan sahabat yang sudah lama tidak bertemu secara "face to face". Walaupun secara MAYA, anda tetap di hati selamanya. Mungkin juga sebagai penanda aras kerajinan samada blog ini akan di 'update' selalu atau 'kadang-kadang'.

Jutaan Terima Kasih diatas sokongan dan tunjuk ajar dari suami saya, pencetus semangat.

Semoga BLOG ini dapat menjadi manfaat kepada anda yang membacanya. Komen dan kritikan yang pedas atau suam-suam kuku adalah dihargai.

Let's Get Retarded!


Penulisan Berkarat,

Nadira